TENTANG KAMI

SEJARAH SYARIKAT

CNI Enterprise (M) Sdn Bhd Bermula pada tahun 1989 dengan nama "Forever Young" apabila tiga orang usahawan bercita-cita tinggi dan berwawasan bergabung untuk membentuk sebuah syarikat jualan langsung berasaskan tonik dari negeri China.Mereka bermula dengan sebuah kedai sewa di Petaling Jaya diikuti bangunan sendiri di Ampang pada 1992, CNI kini telah berubah wajah dan maju ke hadapan dengan Wisma CNI di Glenmarie, Shah Alam. Perkembangannya selaras dengan pertumbuhan pesat CNI telah meletakkannya di baris hadapan industri jualan langsung tempatan masa kini sehingga memenangi beberapa anugerah dan pengiktirafan dari pelbagai pihak termasuk kerajaan Malaysia sendiri diatas kejayaannya.
Maka kini syarikat CNI bukan hanya bertapak di Malaysia tetapi telah mampu melangkah ke pasaraan antarabangsa seperti Singapura,Indonesia,China,India, Hong Kong, dan termasuk beberapa buah negara lain di asia. 

MISI

Kami lebih dari sekadar sebuah perniagaan.Bertunjangkan nilai-nilai Asia,kami menyepadukan ciri-ciri terbaik Timur dan Barat untuk menyediakan pengalaman berkualiti yang berterusan dalam meningkatkan kehidupan pekerja, pengedar, pelanggan dan rakan niaga kami serta masyarakat umum.


VISI

Kami ingin membina sebuah komuniti dinamik berasaskan pengalaman yang dikongsi bersama dan saling menyokong bagi mengecapi kehidupan yang lebih baik untuk semua.

No comments :

Post a Comment